Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab


Furqan interview MRSM hari ni. Planning nk bgn awal pukul 4.30 , tp satu family terbangun lewat 6.30 gara2 tak charge handphone smlm!

Pendaftaran pukul 9.20pg. Check waze, kena gerak selewat-lewatnya pukul 7.19pg utk smpai selewat-lewatnya pukul 9pg. 

Pemandangan otw ke MRSM Gemencheh

Alhamdulillah, trafik lancar dan kami sampai tepat pukul 9! Giliran furqan utk mendaftar blm dibuka jadi sempatlah lagi. Rupa-rupanya pendaftaran adalah mengikut sesi yg telah ditetapkan. Ada sesi pukul 8.00, 8.30, 9.00, 9.20 dan beberapa sesi lagi. 

Pelajar diminta beratur sendiri utk mendaftar. Selepas mendaftar, pelajar diminta berkumpul di perpustakaan sementara menunggu giliran hafazan. 

Ini flow ujian MRSM ulul albab 2017:



Ibubapa diminta menunggu di dewan. So kami pun berangkat lah ke dewan. Untung betul anak2 zaman skrg. Cantik dan selesa dewannya. Siap berhawa dingin! Zaman mama dulu xdelah.. tp zaman dulu x sepanas zaman skrg ni. So mmg patutlah ada aircond ni.. anak2 pun selesa nk berhimpun. 

Sementara menunggu furqan selesai, kami membeli minuman dan makanan yg dijual di gerai2 yg dibuka di sebelah dewan. Okaylah, takde lah anak2 yg lain kelaparan menunggu. Pilihan mknn taklah byk.. ada burger, karipap gergasi, potato wedges dan spagetti. Oklah juga buat alas perut. 

Lebih kurang sejam lebih menunggu, akhirnya Furqan pun masuk ke dewan tempat kami menunggu. Tgk muka ceria je.. oklah tu kot.. hehe. Dia kata interview dijalankan bersama 3 org pelajar serentak. Dan setiap pelajar memperdengarkan hafazan surah almulk ayat 1-12 secara bersambung2. Maksudnya pelajar A baca satu ayat, lps tu pelajar B dan diikuti pelajar C. 

Ujian hafazan surah lain turut dijalankan di mana pelajar diberi satu kertas secara random. Dan perlu menghafaz 7 baris ayat yg diberi dlm masa 25 minit. Furqan kata dia dapat hafaz sehingga 4 baris je. For me, that's good enough. Dia tak tahu ayat tu dari surah mana, tp ayat dia panjang2. Cek2, oh surah al-imran rupanya.

Berlainan dgn yg saya baca di blog dan tgk di youtube sblm ni, ujian ni tiada ujian bertulis math dan BI. 
Cuma ada ujian bertulis jawi. Dan ujian jawi tu pun sekejap je, dlm 5 minit.

Utk lebih jelas, rujuk rajah flow ujian temuduga mrsm ulul albab di atas.

Muka ceria lps habis ujian

Dewan MRSM.. cantik

Tips temuduga MRSM Ulul Albab
  1. Pastikan anak hafaz surah yg diberitahu dalam surat panggilan. Dalam kes Furqan, surah al-Mulk ayat 1-12. So setiap hari sblm hari temuduga, pastikan anak menghafaz surah tersebut. Semak juga tajwid dan panjang pendek bacaan yg betul sebab semuanya ada markah.
  2. Galakkan anak berlatih menghafaz ayat2 yg panjang dalam al-Quran. Semasa ujian, pelajar diberi masa 25 minit untuk menghafaz dalam 7 baris ayat. 
  3. Pastikan penampilan kemas. Pakai pakaian sekolah lengkap. Rambut dipotong kemas. Untuk Furqan, kami terlupa nk potong rambut dia. Tawakkal jelah..
  4. Pastikan sampai sebelum waktu yg ditetapkan dalam surat. 

Dokumen yang perlu dibawa:
  1. Kad pengenalan atau slip peperiksaan (yg digunakan semasa UPSR)
  2. Salinan penyata gaji ibubapa.

Kami bawa juga semua sijil2 furqan (just in case). Tapi tak diminta pun. 



Suasana di tempat pendaftaran ujian temuduga Ulul Albab, MRSM Gemencheh


Bye-bye MRSM Gemencheh... semoga berjumpa lagi

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara Mudah Eksport Contact List dari Phone Lama ke Phone Baru

Penghantaran Gas ke Rumah