Cara Mudah Eksport Contact List dari Phone Lama ke Phone Baru

Alhamdulillah pagi ni terjumpa cara untuk pindahkan Contact List dari phone lama (iPhone) ke phone baru (Huawei Mate 10 Pro).

Dah seminggu beli phone baru Huawei Mate 10 Pro ni tapi selama tu jugak terpaksa juga bawak dua phone ke hulu ke hilir sebab Contact List masih belum di 'sync'. Tiba-tiba pagi ni terfikir pulak nak cari kot-kot ada aplikasi yang boleh pindahkan Contact List ni dari phone lama ke phone baru.

So saya search lah Play Store, nahh... memang ada pun! Dan banyak pilihan aplikasi pulak tu! Seperti biasa sebelum download sesuatu aplikasi tu saya akan pilih aplikasi yang mempunyai 'rating' yang tertinggi dan juga review yang bagus.

So saya pilih aplikasi bernama 'Move Contacts' keluaran Madajevi.

Installation hanya mengambil masa kurang 1 minit sahaja. Cara untuk pindahkan Contact List ialah dengan 'on'kan bluetooth bagi kedua-dua phone dan biarkan mereka 'pairing'. Aplikasi Move Contacts akan meminta izin untuk copy contact list dari phone lama ke phone baru. Tempoh untuk memindahkan Contact List adalah bergantung kepada jumlah Contact List di dalam phone. Phone lama saya mempunyai lebih 2000 Contact List, dan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab

Penghantaran Gas ke Rumah