Jom Jalan-jalan ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka

Usai urusan di MRSM Gemencheh untuk Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab, kami terus ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka. Outlet ni merupakan satu kompleks yang mengandungi kedai-kedai berjenama seperti Nike, Sembonia, Adidas dan bermacam-macam lagi. Ada juga kedai mainan iaitu Toys World. Sebenarnya kami ke sini untuk makan tengah hari je, tapi sambil2 tu jalan-jalan lah tengok apa yang ada.

Untuk pilihan makanan, terdapat foodcourt yang menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tapi kami tak ke situ, sebaliknya kami ke restoran Marrybrown, satu-satunya fast food restaurant di sini. Ni semua gara-gara Ayam Epik yang sering muncul di kaca TV tu. Haha... memang sedap Ayam Epik ni, rangup dan rempahnya memang kaw.

Kalau tengok kedai-kedai kat sini, memang menarik sebab kebanyakannya menawarkan promosi-promosi dan diskaun yang menarik. Ada yang sehingga 70%. Saya sempat singgah di kedai Akemi yang menjual set cadar, bantal, tuala dan quilt cover... Bagi saya okaylah harga dia sebab dibandingkan dengan harga di Parkson, memang lebih murah. Set quilt cover king size jenis satin boleh dapat dengan harga RM139 sahaja. Set ni lengkap dengan quilt cover, cadar dan sarung bantal.... berdasarkan pengalaman saya membeli set quilt cover untuk Fardain Place, harga ni memang murah. So, kami pun bercadang lah jika nak membeli set quilt tambahan nanti, boleh lah beli di sini....

Selepas makan, anak-anak ajak ke Toys World pulak. Haa... kali ni Papa jaga Fathiyyah di luar kedai sahaja... sebab kalau Fathiyyah  masuk, dan dia dah minat satu barang tu, memang susahhh lah nak lepaskan. Dan episod meraung akan terjadi. hehe... so masuklah ke kedai bersama 4 orang lagi tu je... tapi sebelum masuk ke kedai, warning dulu siap2... 'Mama ada RM40 ringgit je untuk beli mainan... kalau nak beli, ikut budget yang ada je' Sebagai anak-anak yang soleh dan solehah, mereka pun terpaksa lah akur.... hehehe

Lokasi Freeport A'Famosa Outlet Melaka ni betul-betul bersebelahan dengan A'Famosa Resort. So siapa yang bercuti ke A'Famosa Resort tu, jangan lupa singgah ke Freeport A'Famosa Outlet ni!




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab

Cara Mudah Eksport Contact List dari Phone Lama ke Phone Baru

Penghantaran Gas ke Rumah