Posts

Boboiboy the Movie 2 - Berbaloi tak menonton di GSC Maxx?

Image
So hari ni fardainfamily pergi tengok Boboiboy the Movie 2 di GSC IOI City Mall Putrajaya. Ada 2 pilihan jenis panggung untuk Boboiboy the Movie 2 ni iaitu panggung biasa atau panggung Maxx. Apa beza antara dua panggung ni? Well, supposedly Maxx have a bigger screen and a more powerful sound. Tapi nak bagi verdict susah sikitlah sebab tak pergi tonton kat panggung biasa, so tak dapat nak compare. Tapi kami perasan yang skrin dia memang besar. Dari segi sound, tak pastilah nak bezakan macam mana. Kena tengok kat dua2 jenis panggung baru boleh compare 😅 Kalau nak tahu lebih lanjut tentang GSC Maxx, boleh tengok kat website GSC - - > https://www.gsc.com.my/html/cinema_experience_details Dari segi harga tiket, tiket untuk panggung Maxx beza RM3 dengan panggung biasa. Taklah jauh sangat beza dia so kami pun decide ambil je Maxx just to try the experience.  Tentang Boboiboy the Movie 2 pulak, okaylah, boleh tahan. In the beginning macam tak berapa exciting walaupun ada aksi lawan2, ...

10 Tempat Tuntut Khairat Kematian

Dari Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin, Ahli Qariah Seksyen4, Shah Alam: Pengalaman yg sgt berharga ketika menyelesaikan pengurusan jenazah arwah adik sy.. Terjumpa artikel ni. Esoknya sy trs pegi ke pej2 spt kwsp, pnb, bank rakyat dll.. Borang2 sy dah ambil dan serahkan kpd isteri arwah... Rupanya Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu ! Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan ! Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda. Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa? Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibua...

Cara Mudah Eksport Contact List dari Phone Lama ke Phone Baru

Alhamdulillah pagi ni terjumpa cara untuk pindahkan Contact List dari phone lama (iPhone) ke phone baru (Huawei Mate 10 Pro). Dah seminggu beli phone baru Huawei Mate 10 Pro ni tapi selama tu jugak terpaksa juga bawak dua phone ke hulu ke hilir sebab Contact List masih belum di 'sync'. Tiba-tiba pagi ni terfikir pulak nak cari kot-kot ada aplikasi yang boleh pindahkan Contact List ni dari phone lama ke phone baru. So saya search lah Play Store, nahh... memang ada pun! Dan banyak pilihan aplikasi pulak tu! Seperti biasa sebelum download sesuatu aplikasi tu saya akan pilih aplikasi yang mempunyai 'rating' yang tertinggi dan juga review yang bagus. So saya pilih aplikasi bernama 'Move Contacts' keluaran Madajevi. Installation hanya mengambil masa kurang 1 minit sahaja. Cara untuk pindahkan Contact List ialah dengan 'on'kan bluetooth bagi kedua-dua phone dan biarkan mereka 'pairing'. Aplikasi Move Contacts akan meminta izin untuk copy contact...

Jom Jalan-jalan ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka

Usai urusan di MRSM Gemencheh untuk Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab, kami terus ke Freeport A'Famosa Outlet Melaka. Outlet ni merupakan satu kompleks yang mengandungi kedai-kedai berjenama seperti Nike, Sembonia, Adidas dan bermacam-macam lagi. Ada juga kedai mainan iaitu Toys World. Sebenarnya kami ke sini untuk makan tengah hari je, tapi sambil2 tu jalan-jalan lah tengok apa yang ada. Untuk pilihan makanan, terdapat foodcourt yang menyediakan pelbagai pilihan makanan. Tapi kami tak ke situ, sebaliknya kami ke restoran Marrybrown, satu-satunya fast food restaurant di sini. Ni semua gara-gara Ayam Epik yang sering muncul di kaca TV tu. Haha... memang sedap Ayam Epik ni, rangup dan rempahnya memang kaw. Kalau tengok kedai-kedai kat sini, memang menarik sebab kebanyakannya menawarkan promosi-promosi dan diskaun yang menarik. Ada yang sehingga 70%. Saya sempat singgah di kedai Akemi yang menjual set cadar, bantal, tuala dan quilt cover... Bagi saya okaylah harga dia sebab dibanding...

Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab

Image
Furqan interview MRSM hari ni. Planning nk bgn awal pukul 4.30 , tp satu family terbangun lewat 6.30 gara2 tak charge handphone smlm! Pendaftaran pukul 9.20pg. Check waze, kena gerak selewat-lewatnya pukul 7.19pg utk smpai selewat-lewatnya pukul 9pg.   Pemandangan otw ke MRSM Gemencheh Alhamdulillah, trafik lancar dan kami sampai tepat pukul 9! Giliran furqan utk mendaftar blm dibuka jadi sempatlah lagi. Rupa-rupanya pendaftaran adalah mengikut sesi yg telah ditetapkan. Ada sesi pukul 8.00, 8.30, 9.00, 9.20 dan beberapa sesi lagi.   Pelajar diminta beratur sendiri utk mendaftar. Selepas mendaftar, pelajar diminta berkumpul di perpustakaan sementara menunggu giliran hafazan.   Ini flow ujian MRSM ulul albab 2017: Ibubapa diminta menunggu di dewan. So kami pun berangkat lah ke dewan. Untung betul anak2 zaman skrg. Cantik dan selesa dewannya. Siap berhawa dingin! Zaman mama dulu xdelah.. tp zaman dulu x sepanas zaman skrg ni. So m...

Penghantaran Gas ke Rumah

Image
Tengah2 goreng ayam malam tadi, tiba2 gas habis. Adoi.. nasib baik la dh ketulan yg terakhir. So apa lagi, tanya pakcik google lah kat mana nak beli gas di putrajaya ni. Kat mana nak beli gas kat putrajaya ni?   Langkah yg paling senang ialah dengan call Petronas Mesralink. Ni nombor Petronas Mesralink: 1300888181 Waktu operasi: Bila call, dia akan minta maklumat nama, alamat, nombor telefon. Lepas tu, dia akan tanya, tong yg kita pakai skrg brp kg? Klu tak tahu (mcm saya), bgtau je warna tong kita tu dan dia akan tahu brp kg. Contohnya mcm tong di rumah saya warna hijau. So automatik dia tahu tong tu 14kg. Senang kan? Harga utk tukar tong: RM30.60 (termasuk penghantaran) Harga tong baru: 12kg : RM106 14kg : RM110 Jangkamasa penghantaran ialah antara 30 minit hingga 2 jam, bergantung kepada trafik dan cuaca. So, senang kan? Tak perlu susah2 angkat tong masuk kereta, bawa ke kedai. Special delivery je! Untuk keterangan lebih lanjut, visit...