Boboiboy the Movie 2 - Berbaloi tak menonton di GSC Maxx?



So hari ni fardainfamily pergi tengok Boboiboy the Movie 2 di GSC IOI City Mall Putrajaya. Ada 2 pilihan jenis panggung untuk Boboiboy the Movie 2 ni iaitu panggung biasa atau panggung Maxx. Apa beza antara dua panggung ni? Well, supposedly Maxx have a bigger screen and a more powerful sound. Tapi nak bagi verdict susah sikitlah sebab tak pergi tonton kat panggung biasa, so tak dapat nak compare. Tapi kami perasan yang skrin dia memang besar. Dari segi sound, tak pastilah nak bezakan macam mana. Kena tengok kat dua2 jenis panggung baru boleh compare 😅

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang GSC Maxx, boleh tengok kat website GSC - - > https://www.gsc.com.my/html/cinema_experience_details




Dari segi harga tiket, tiket untuk panggung Maxx beza RM3 dengan panggung biasa. Taklah jauh sangat beza dia so kami pun decide ambil je Maxx just to try the experience. 

Tentang Boboiboy the Movie 2 pulak, okaylah, boleh tahan. In the beginning macam tak berapa exciting walaupun ada aksi lawan2, sebab rasa macam aksi2 yang dalam cerita siri dia je. Tapi as the story progresses, it gets more exciting and baru nampak storyline dia macam mana. Dari segi lawak pulak, rasanya Boboiboy the Movie 1 lebih lawak, tapi yang ni pun okaylah, tak menghampakan.

OST movie ni iaitu lagu Fire and Water nyanyian Faizal Tahir memang happening dan kena dengan jalan cerita. Tapi baru nak enjoy lagu, dah habis, pendek sangat.

So antara Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dengan Boboiboy the Movie 2, mana lagi best? Mama dan Faiqah pilih Upin Ipin... Papa, Furqan, Faiq dan Faqihah pilih Boboiboy. Haha. Maybe sebab filem ni lebih banyak aksi so the boys suka. 

Untuk cerita ni, kami bagi 4 setengah bintang (out of 5) 

⭐⭐⭐⭐🌠

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Temuduga MRSM Ulul Albab

Cara Mudah Eksport Contact List dari Phone Lama ke Phone Baru

Penghantaran Gas ke Rumah